Monday 29 June 2009

Travian

Ever heard about Travian? Travian ini permainan multiplayer sejenis dengan Ragnarok n etc. Permainan yang berkonsepkan permainan strategi peperangan ini telah dimainkan berjuta - juta pelayar dari seluruh pelusuk dunia.

Bermula dengan sekadar seorang ketua kampung, anda boleh membesarkan kampung anda hinggakan menjadi sebuah empayar besar yang mana anda adalah seorang maharaja. Diplomasi, ketenteraan, kebijaksanaan adalah kata kunci untuk berjaya dalam permainan ini. Selain itu, kerjasama diantara ahli perseketuan juga adalah penentu masa depan di dunia permainan ini.

Tetapi, terdapat sesetengah pemain yang cuba bermain sebagaimana simcity dimainkan dengan tidak mementingkan aspek ketenteraan. Pemain - pemain sebegini, aku katakan "peratus untuk menang adalah 0%desu"

Tiada apa yang nak diulas lagi.

Check it out at Travian

Sunday 28 June 2009

Pocket 1507

Salam....

Kembali ke dunia blog sebagaimana kembalinya demam exam adalah benda yang senantiasa terjadi kepada golongan - golongan yang dah kekerasan otak terutamanya aku yang sedang sakit kepala memikirkan report yang perlu dihantar hari selasa dengan hari khamis.

Belum lagi ditambah dengan kerja induction courseII(研修2) yang aku ambik semesta ini yang memerlukan aku untuk mentranslate jounal dalam English ke Bahasa Jepun.

Disebabkan aku memang dah sampai had kekerasan kepala aku, aku mengodek - godek database jejaring youtube, dan dibawah ini adalah hasilnya...


Enjoy!!