Friday, 12 November 2010

Lukla Airport (Nepal)


Lukla Airport juga dikenali sebagai Tenzing-Hillary Airport(sempena nama orang yang pertama mendaki gunung Everest) yang terletak di negara Nepal merupakan salah satu lapangan terbang yang terkenal kerana merupakan salah satu pintu masuk untuk peminat-peminat pendaki gunung kerana di situlah terletaknya gunung Everest.

Keadaan muka bumi di kawasan ini menobatkan lapangan terbang ini sebagai salah satu lapangan terbang yang ekstrim. Lapangan terbang kecil ini dikelilingi bukit selain landasannya yang pendek memerlukan juruterbang yang mempunyai skill yang "extream" untuk mendarat mahupun untuk menerbangkan kapal terbang dari lapangan terbang ini.

Disebabkan keadaan muka bumi di kawasan ini yang berbukit dan pada ketinggian 2100m, landasan lapangan terbang ini terpaksa dibina dengan kecerunan 12°. Kecerunan pada keadaan ini adalah bersamaan dengan ketinggian bangunan 10 tingkat. Landasan ini juga turut terdapat curam yang dalam di salah satu penghujung landasan dan bukit di satu penghujung yang lain. Keadaan ini menghalang juruterbang melakukan "Go Around" dan memerlukan ketepatan ketika melakukan pendaratan.
Landasan Lukla Airport. Perhatikan gambar ini diambil dari pandangan atas bukit dan penghujung satu lagi adalah gaung.

Walaupun lapangan terbang ini berbahaya, disebabkan keadaannya berbukit bukau, jalan raya untuk memasuki kawasan ini tidak dapat di bina dan hanya lapangan terbang ini sahaja menjadi pintu masuk ke kawasan ini. Dikatakan juga, kebanyakan penduduk di sini tidak pernah melihat kereta dan mereka lebih mengenali kapal terbang.



Thursday, 8 July 2010

Okayama

Salam,

Dah abeh interview semalam, aku ngn kekawan aku yang merangkap bakal colleague tempat keja aku gerak dari Kasaoka Grand Hotel menuju ke Kasaoka Station dengan menaiki teksi. Kasaoka - bandar yang kecil tak menjaminkan keseronokan duniawi ini kami tinggalkan untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Destinasi seterusnya : Okayama!!

Berbekal dengan "duit tambang" yang diberi selepas interview tamat, kami bergerak menuju ke Okayama stesen dengan menaiki densha Sankyo-line. Perjalanan yang mengambil masa selama 47minit ini tidak kami sia-siakan begitu sahaja. Dikala ini adalah masa untuk mengenal hati budi bakal colleague. Azizi dari Oita University, Din : Nagaoka adalah kenalan yang baruku. Walaupun merupakan salah seorang pesaing aku pada masa hadapan, mereka juga mungkin bakal menjadi cable-cable untuk anak-anak aku dimasa depan. Hahaha. Selain itu, afizul, amir, dan eme, kenalan lamaku turut sama menyertai perjalanan ini.

Kasaoka - Okayama

Sejurus sampai di Okayama, Eme dan Amir mencari kaunter tiket bas ke Osaka, aku dan yang lain mencari-cari restoran untuk menjamu nafsu makan yang sedang bergolak dikala jam menunjukkan 1 tengah hari. Restoran pilihan : Restoran masakan Italy yang menyediakan pelbagai jenis pasta . Lupa plak nak amek gambar pasta. Tapi yang pasti, kenyang



Bukti di okayama station.


Setelah menjamu selera, Eme,amir dan din menuju ke stesen bas untuk meneruskan perjalanan ke Osaka dan aku, pjoe, zizi menunggu sahabat di Okayama : Madi. 15minit setelah menghubungi madi yang baru selesai menghabiskan eksperimen beliau, kelibat kereta Honda Intergra DC5 type-R berwarna putih kelihatan. Kereta ini sudah 2 tahun dibeli namun inilah kali pertama aku menaiki DC5 warna putih dan ini bukanlah kali pertama aku menaiki kereta sport jenis ini.

Destinasi seterusnya 後楽園(Korakuen). Taman ini merupakan salah satu destinasi yang patut dikunjungi jika bertandang ke Okayama. Merupakan salah satu taman yang tercantik di Jepun. Walaupun taman-taman ni bukanlah pilihanku, tapi sejurus menjejakkan kaki ke dalam taman tersebut, aku rela digelar mat jiwang tapi inilah taman yang aku yakin dan pasti taman yang tercantik pernah aku jejaki. Hahaha... Sejarah taman nie aku tatau so aku kasi gambar selai yang aku paw dari laman web laen. So sendiri pikir  


Korakuen

Ni jer la kowt entry aku kali nie. Rerajin aku update agi. Jangan berharap sangat. Haha

Tuesday, 6 July 2010

Kasaoka

Bosan...
Update Gambar sudah

Sejurus sampai di Kasaoka Station





Dibilik Hotel..

Aku bertolak dari Sendai pukol 9 pagi. Take BulleT Train(Yamabiko) dari Sendai ke Tokyo dalam 2 jam(400Km).

Sampai Tokyo tukar Bullet Train(Nozomi) ke Okayama. 3 Jam lagi(500~600kM). Sepanjang perjalanan ke Okayama, aku tidak dapat melelapkan mata memandangkan aku dah tido dalam Yamabiko dan aku lapo gile. Takder bento halal plak yang dijual. Minum air jerk. Tapi apa yang best Nozomi berbanding Yamabiko, Nozomi menyediakan smoking lounge. Wah, seronok arr aku, pikirku pada awalnya.

So aku pilih tempat paling dekat ngn smoking lounge tuh. Isap rokok sepam, balik ke tempat duduk, sampai Shinagawa, datang mamat hoppers duk sebelah aku, dia bukak laptop letak atas meja, pasang earphone, tido. Haram!! Camne aku nak pegi isap rokok!!!Marah aku dalam hati.

Haha, tapi selamba jerk aku kejut beliau untuk pegi merokok. Nanti kalau aku balik naek Nozomi, aku sertakan gambar smoking lounge n keadaan dalam Bullet Train.

Owh, btw, aku datang ke Kasaoka ni sebab ada temuduga kerja. Doakan kejayaanku