Thursday, 8 July 2010

Okayama

Salam,

Dah abeh interview semalam, aku ngn kekawan aku yang merangkap bakal colleague tempat keja aku gerak dari Kasaoka Grand Hotel menuju ke Kasaoka Station dengan menaiki teksi. Kasaoka - bandar yang kecil tak menjaminkan keseronokan duniawi ini kami tinggalkan untuk meneruskan perjalanan seterusnya. Destinasi seterusnya : Okayama!!

Berbekal dengan "duit tambang" yang diberi selepas interview tamat, kami bergerak menuju ke Okayama stesen dengan menaiki densha Sankyo-line. Perjalanan yang mengambil masa selama 47minit ini tidak kami sia-siakan begitu sahaja. Dikala ini adalah masa untuk mengenal hati budi bakal colleague. Azizi dari Oita University, Din : Nagaoka adalah kenalan yang baruku. Walaupun merupakan salah seorang pesaing aku pada masa hadapan, mereka juga mungkin bakal menjadi cable-cable untuk anak-anak aku dimasa depan. Hahaha. Selain itu, afizul, amir, dan eme, kenalan lamaku turut sama menyertai perjalanan ini.

Kasaoka - Okayama

Sejurus sampai di Okayama, Eme dan Amir mencari kaunter tiket bas ke Osaka, aku dan yang lain mencari-cari restoran untuk menjamu nafsu makan yang sedang bergolak dikala jam menunjukkan 1 tengah hari. Restoran pilihan : Restoran masakan Italy yang menyediakan pelbagai jenis pasta . Lupa plak nak amek gambar pasta. Tapi yang pasti, kenyang



Bukti di okayama station.


Setelah menjamu selera, Eme,amir dan din menuju ke stesen bas untuk meneruskan perjalanan ke Osaka dan aku, pjoe, zizi menunggu sahabat di Okayama : Madi. 15minit setelah menghubungi madi yang baru selesai menghabiskan eksperimen beliau, kelibat kereta Honda Intergra DC5 type-R berwarna putih kelihatan. Kereta ini sudah 2 tahun dibeli namun inilah kali pertama aku menaiki DC5 warna putih dan ini bukanlah kali pertama aku menaiki kereta sport jenis ini.

Destinasi seterusnya 後楽園(Korakuen). Taman ini merupakan salah satu destinasi yang patut dikunjungi jika bertandang ke Okayama. Merupakan salah satu taman yang tercantik di Jepun. Walaupun taman-taman ni bukanlah pilihanku, tapi sejurus menjejakkan kaki ke dalam taman tersebut, aku rela digelar mat jiwang tapi inilah taman yang aku yakin dan pasti taman yang tercantik pernah aku jejaki. Hahaha... Sejarah taman nie aku tatau so aku kasi gambar selai yang aku paw dari laman web laen. So sendiri pikir  


Korakuen

Ni jer la kowt entry aku kali nie. Rerajin aku update agi. Jangan berharap sangat. Haha

No comments:

Post a Comment