Friday, 12 November 2010

Lukla Airport (Nepal)


Lukla Airport juga dikenali sebagai Tenzing-Hillary Airport(sempena nama orang yang pertama mendaki gunung Everest) yang terletak di negara Nepal merupakan salah satu lapangan terbang yang terkenal kerana merupakan salah satu pintu masuk untuk peminat-peminat pendaki gunung kerana di situlah terletaknya gunung Everest.

Keadaan muka bumi di kawasan ini menobatkan lapangan terbang ini sebagai salah satu lapangan terbang yang ekstrim. Lapangan terbang kecil ini dikelilingi bukit selain landasannya yang pendek memerlukan juruterbang yang mempunyai skill yang "extream" untuk mendarat mahupun untuk menerbangkan kapal terbang dari lapangan terbang ini.

Disebabkan keadaan muka bumi di kawasan ini yang berbukit dan pada ketinggian 2100m, landasan lapangan terbang ini terpaksa dibina dengan kecerunan 12°. Kecerunan pada keadaan ini adalah bersamaan dengan ketinggian bangunan 10 tingkat. Landasan ini juga turut terdapat curam yang dalam di salah satu penghujung landasan dan bukit di satu penghujung yang lain. Keadaan ini menghalang juruterbang melakukan "Go Around" dan memerlukan ketepatan ketika melakukan pendaratan.
Landasan Lukla Airport. Perhatikan gambar ini diambil dari pandangan atas bukit dan penghujung satu lagi adalah gaung.

Walaupun lapangan terbang ini berbahaya, disebabkan keadaannya berbukit bukau, jalan raya untuk memasuki kawasan ini tidak dapat di bina dan hanya lapangan terbang ini sahaja menjadi pintu masuk ke kawasan ini. Dikatakan juga, kebanyakan penduduk di sini tidak pernah melihat kereta dan mereka lebih mengenali kapal terbang.



No comments:

Post a Comment