Friday 3 July 2009

Penggunaan Nuclear Reactor - Uranium

Setelah banyakentry blog ini berunsurkan kepada topik yang aku kategorikan mengarut, jom kita belajar sedikit pasal tenaga nuklear. Dari tajuk di atas, aku nak kongsi sedikit dengan apa yang aku belajar dekat kelas aku. Kelas Introduction of quantum science(量子入門) yang aku ambik semesta kali ini ada menceritakan sedikit sebanyak tentang perbezaan antara nuclear weapon dan nuclear energy.

Kita sering ditakutkan oleh negara - negara barat bahawa kemalangan yang membabitkan reactor nuclear akan menghasilkan letupan yang sangat dasyat sebagaimana bomb nuklear meletup. Time kecik2 dulu, aku pon selalu jugak pikir camtuh. Dalam masa mereka menceritakan kemalangan membabitkan reactor nuclear, negara mereka terus maju dan negara dunia ketiga terus menghadapi masalah tenaga yang amat kritikal. Sebagaimana kita tahu, tenaga yang dihasilkan dari nuclear power plant adalah berkali - kali ganda banyak jika dibandingkan dengan tenaga - tenaga komersial yang lain sebagai contoh tenaga yang dihasilkan oleh empangan dan tenaga yang dihasilkan dari pembakaran bahan api fosil.

Uranium

Uranium adalah salah satu bahan radioaktif yang sentiasa digunakan sama ada dalam nuklear reaktor mahupun dalam nuklear bom. Dalam alam semulajadi, uranium(natural Uranium) wujud dalam dua isotop yang berbeza dimana 99.3% adalah Uranium-238 dan selebihnya adalah Uranium235.

Uranium-238 adalah uranium yang lengai yang sangat sukar untuk mengalami proses pembelahan nuklear(nuclear fission) apabila ditembak dengan neutron. Uranium-235 pula adalah bahan yang bila ditembak dengan neutron akan terbelah menjadi Kripton-92 dan Barium-141 dan tenaga dihasilkan.

Setiap Uranium-235 yang terbelah akan menghasilkan 2~3 neutron dan neutron ini akan menembak atom uranium-235 yang lain dan tindakbalas ini akan berterusan sehingga semua uranium-235 sudah tidak wujud. Tindakbalas ini dipanggil tindak balas rantai (chain reaction) .



Chain Reaction


1 ATOM uranium-235 yang terbelah akan menghasilkan 3.244 × 10−11 J tenaga. Bagaimana dengan kuantiti tenaga yang dihasilkan oleh 1kg uranium-235??


Bilangan atom dalam 1kg Uranium-235 = 2.6E21 atom

Tenaga yang dihasilkan 1kg Uranium-235 = 83.14 TJ/kg!!!!!!

Tenaga yang dihasilkan dari tindak balas ini adalah sangat besar dan cukup untuk menerangkan 100 buah rumah selama setahun dengan hanya 1kg!!

Sampai sini dulu entri kali ini. Penat bai!!Nanti sambung lagi

Adakah ini imej dipikiran anda bila sebut pasal nuclear???


3 comments:

  1. memang ilmiah tahap kude dowh entry ne

    ReplyDelete
  2. uihhhh...nie yang abes abesan yayang xplain i dok buat2 paham nie ek..kekekkeke

    ReplyDelete
  3. ngeh2 lamenye aku da tinggalkan fizik.............

    btw, syafiza nih

    ReplyDelete